PENGACARA Noor Neelofa menyedari foto teknologi artificial intelligence (AI) memperlihatkan dirinya tanpa purdah yang dimuat naik di Instagram telah mengundang pelbagai reaksi warganet. Tidak merasakan tindakannya itu satu dosa, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata, suaminya iaitu pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Riz juga mengetahui mengenai foto berkenaan. “Sudah tentu saya ada minta pandangan suami (PU Riz), malah banyak versi staf saya buat saya tunjukkan pada suami.
“Sekali lagi saya bukanlah nak buat kempen AI Neelofa untuk mendedahkan aurat dan bukannya saya buat dosa dengan AI itu,” katanya. Neelofa juga menyangkal gambar tersebut adalah gambaran awal dirinya mahu membuka purdah. Malah, dia juga meminta orang ramai mendoakan supaya dirinya terus kekal istiqamah. Dalam perkembangan lain, Neelofa memberitahu dia ada menolak tawaran untuk bekerjasama dengan syarikat yang menyalurkan dana kepada negara Israel.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.