Dah anggap macam keluarga, Nora Danish akui dah lama berbaik dengan Fasha Sandha

Pelakon jelita, Nora Danish memaklumkan bahawa hubungannya dengan pelakon, Fasha Sandha sudah kembali normal dan harmoni meskipun pernah timbul persengketaan antara mereka satu ketika dahulu. Memetik laporan Berita Harian, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif berkata, persengketaan yang berlaku merupakan kisah lama yang tidak perlu lagi untuk dibangkitkan malah dirinya sudah pun menganggap Fasha sebagai keluarga. “Sebenarnya, hubungan saya dengan dia (Fasha) memang sudah lama okay. Tapi, bila berjumpa, berjumpalah. Tak adalah merancang sampai hendak berjumpa.

Tapi kalau terjumpa, terserempak, Alhamdulillah sebab kami dikira keluarga juga. Tak ada apa dah, perkara ini pun sudah lama berlalu.” Dalam pada itu, pelakon filem ‘Polis Evo 3’ ini turut memaklumkan bahawa dia lebih memilih untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang respon terhadap mana-mana isu semasa yang negatif kerana takut akan berbalik kepada dirinya sendiri. “Bagi saya, warganet sekarang kalau kita buat silap sikit mesti akan kena. Sekarang, saya tenang sebab kalau hendak muat naik sesuatu dalam media sosial saya akan fikir banyak kali sebab sudah berkeluarga dan ada anak.

Saya lebih selesa sekarang dan fokus apa yang patut sahaja. Kalau tak perlu, saya takkan muat naik apa-apa dalam media sosial. Berkenaan isu semasa pun saya jarang komen sebab takut perkara itu berbalik kepada diri sendiri. Kadang-kadang kalau lantang cakap mengenai hal orang, kalau kena pada diri barulah tahu. Sebab itu, saya lebih mendiamkan diri dan bercakap bila perlu sahaja. Isu-isu semasa selalu sahaja tengok, tapi saya tak bersuara.” Sekadar info, Nora dan Fasha pernah berselisih faham sehinggakan tindakan undang-undang diambil pada 2017 lalu namun memilih untuk menyelesaikannya di luar mahkamah setahun kemudian.

Namun, mereka kemudiannya meraih perhatian wargamaya apabila dilihat memuat naik gambar bersama di Instagram ketika berkunjung ke kediaman bekas keluarga mentua, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah sewaktu sambutan Aidilfitri tahun ini. Untuk rekod, Nora dan Jejai mendirikan rumah tangga pada Jun 2006 dan kemudian berpisah pada Julai 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Putra Rayqal yang kini berusia 14 tahun. Jejai kemudian mendirikan rumah tangga dengan Fasha pada April 2012 sebelum disahkan berpisah pada Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jamyma, 8. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.