Terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan, rupanya ini yang jadi pada Suhaimi Saad

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad dilaporkan kritikal dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor. Memetik laporan Harian Metro, sumber mengatakan Suhaimi kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya selain organ dalamannnya gagal berfungsi. “Suhaimi dikatakan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan organ dalaman dan kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya.

Difahamkan dia mengalami batuk teruk sejak empat bulan lalu, cirit-birit selama tiga bulan dan berat badannya turun mendadak,” katanya sumber Harian Metro. Difahamkan, penyanyi berusia 43 tahun itu sudah pun berada di hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan sejak Jumaat lalu. Sebelum ini, media melaporkan hal tersebut disahkan oleh ketua kumpulan In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid yang pergi menziarahinya pada Sabtu lalu.

“Suhaimi sakit dan sedang mendapatkan rawatan. Jadi, saya memohon orang ramai agar mendoakan dirinya sembuh. Dia dimasukkan ke hospital kira-kira seminggu lalu. Namun, mengenai punca penyakit, saya kurang pasti,”ujarnya. Menurut Mohd Syahril, Suhaimi sudah beberapa bulan kurang sihat dan muntah setiap kali makan sehinggakan susut berat badan. Tambahnya, bapa mentuanya membawa Suhaimi ke Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan. Dalam pada itu, Mohd Syahril memberitahu isteri Suhaimi Saad, Ina Naim enggan diganggu kerana mahu memberi tumpuan kepada suaminya.

Ina Naim juga mengakui suaminya kini sakit dan memohon didoakan yang baik-baik dan diberi kesembuhan segera. Katanya, Suhaimi memang kurang sihat sekarang dan memaklumkan mengalami batuk saja. “Ya, suami sakit, tak sihat sedikit. Doakan ya. Tak sihat, biasalah batuk-batuk gitulah. Doakan sajalah. Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan penyanyi, Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.