Umum mengetahui, baru-baru ini pelakon Pekin Ibrahim bergraduasi dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia. Menerusi temu bual bersama Era pagi tadi, Pekin berkata dia bakal menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah (PhD) selepas ini. “Saya plan nak sambung nak buat PhD, memang itu target saya. Topiknya sudah ada cuma belum pilih lagi, tapi ia berkaitan dengan pembangunan industri kreatif kita. “Alhamdulillah kerja keras selama beberapa tahun ini berbaloi dan akhirnya saya sudah bergraduasi semalam,” katanya.
Berkongsikan perjalanannya menyambung pelajaran, Pekin memberitahu dia pernah menduduki semula kertas Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Ketika saya nak sambung dulu, saya tak kredit Bahasa Melayu ketika SPM dan saya ambil semula peperiksaan ketika PKP. Bayangkan pergi kelas dengan budak-budak SPM. Masuk dewan aku tengah-tengah, tujuannya untuk repair Bahasa Melayu aku,” katanya.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.