Luah rasa kecewa bila dikhianati 12 orang pekerja, Kieda Crepe dedah dapat petanda dengan cara macam ni

Usahawan makanan, Kieda Crepe hari ini meluahkan kekecewaan hati apabila dikhianati 12 orang staf yang bekerja dengannya. Menerusi perkongsian yang dibuat wanita itu di Instagram, Kieda memaklumkan yang 12 orang stafnya telah membuat satu kumpulan WhatsApp dengan mengutuk dirinya sejak 14 November lalu berkemungkinan kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu. Disebabkan itu, dia terpaksa membuat laporan polis dan ke pejabat buruh bagi membincangkan isu tersebut. Dia dapati, hanya lima individu yang dipercayai menjadi ‘kepala’ kepada isu tersebut dan selebihnya diberikan warning letter sebagai peringatan. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi videonya yang lain, Kieda atau nama sebenarnya Khalieda Yusra menceritakan serba sedikit bagaimana perkara tersebut boleh berlaku dan mengatakan seakan mendapat petanda apabila mata sebelah kirinya berkedip sejurus selepas solat. Ketika itu dia berdoa supaya ditunjukkan apa yang akan berlaku memandangkan perasaannya kurang enak sejak beberapa hari sebelum ‘kantoi’ adanya group WhatsApp para pekerja yang mengutuknya.

Ujarnya dalam nada sangat kecewa, dia berterima kasih kepada 12 orang stafnya itu dimana sanggup melakukan perkara tersebut sedangkan kerap membawa mereka keluar mengikuti tour dan memberi makan di kedai dan membawa berjalan-jalan tetapi ternyata menikamnya daripada belakang.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.