Isteri kepada bekas vokalis Kumpulan Jinbara Tia, Suzan Ahmad terkilan tidak sempat mendermakan hati buat suami kerana penyanyi lagu Farhana yang menghidap kanser hati ‘pergi’ bertemu Ilahi, semalam. Suzan yang juga bekas wartawan Berita Harian bagaimanapun reda dengan pemergiaan arwah, biarpun dia berharap agar suami sembuh daripada penyakit knsr hati tahap empat. “Saya tak sangka arwah pergi secepat ini. Namun, saya reda, mungkin inilah jalan terbaik buatnya daripada menanggung kesakitan.
Takdir Allah tiada siapa dapat menduga. Pada siangnya, keadaan kesihatan arwah masih stabil, namun doktor mendapati arwh mengalami pendrhan dalaman. Ketika doktor sedang memberikan rawatan, ketika itulah arwah menghembuskan nafas terakhir. Saya memang berada di sisi arwah,” katanya. Sebelum ini, Suzan menubuhkan tabung bantuan Tia Jinbara bagi mencari dana berjumlah RM250,000 bagi membolehkan menjalani pemindahan hati dilakukan di Hospital Medanta, New Delhi, India.
“Saya buang malu demi suami. Saya memang memerlukan bantuan segera bagi menjalani operasi pemindahan hati secepat mungkin. Sebelum buat keputusan ini, saya terlebih dahulu berbincang dengan doktor penyelaras iaitu Dr Mohd Zaqrul Razmal. Dr Mohd Zaqrul beritahu hospital di Malaysia tiada kemudahan untuk operasi pemindahan hati dan dan mencadangkannya dilakukan di India. Hospital yang dicadangkan ini pakar dalam melakukan operasi pemindahan hati dan ada banyak sejarah kejayaan. Jadi, Dr Mohd Zaqrul cadangkan agar kutipan dana dilakukan segera,” katanya lagi.
Semalam, media melaporkan Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria pergi menghadap illahi di sisi Suzan ketika sedang menerima rawatan doktor di Hospital Shah Alam pada jam 9.17 malam. Suzan berkata, meskipun dia berdepan dengan risiko tinggi, namun sanggup mendermakan hati buat suami demi kasih, sayang dan cinta tidak berbelah bahagi asalkan suaminya dapat terus bernyawa. Jelasnya, dirinya layak mendermakan hati kerana memiliki darah sama iaitu A+ dan keadaan kesihatannya juga baik.
“Jika itu (derma hati) dapat bantu selamatkan nyawa Tia, saya sanggup lakukan apa sahaja demi pastikan suami kembali sihat. Saya tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Saya tak nak hanya melihat suami ‘pergi’ tanpa berusaha. Jika ditakdirkan nyawa saya tidak panjang selepas operasi pemindahan hati, saya reda dan bersedia kerana anak-anak pun sudah besar,”luahnya. Dalam pada itu, dia juga berkata arwah Tia memang bersemangat untuk sihat kerana mahu melihat anak-anak menerima skrol.
Katanya, biarpun arwah hanyalah bapa tiri namun tetap menjalankan melayan mereka seperti drh daging sendiri. “Anak-anak membesar dengannya sejak kecil sehinggalah dewasa. Arwah juga mengajar anak-anak mengaji. Arwah selalu cakap kepada anak-anak yang dia ajar mengaji supaya mereka dapat mengaji untuknya suatu hari nanti. Beliau sangat titik beratkan solat dan pendidikan, selain memang mendahulukan keluarga dalam segala hal,” katanya.
Terdahulu, arwah disahkan menghidap kanser hati selepas menjalani pemeriksaan termasuk ujian imbasan sinar-X setelah dimasukkan ke Hospital Shah Alam, Rabu lalu akibat mengadu sakit perut. Difaahamkan, Tia akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja pagi ini. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.