Teruk kena kritik dengan warganet sebab bergambar terlalu rapat dengan UAI, sekali ini penjelasan dari Uqasha Senrose

Laman Instagram pelakon jelita Uqasha Senrose tiba-tiba diserang warganet berhubung sebuah foto yang dimuat naik bersama pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus. Menerusi perkongsian foto itu, Uqasha menyatakan dia sangat meminati cara Ustaz Azhar memberi ceramah dan menerima banyak ilmu ketika menghadiri majlis agama tersebut. Walaupun sekadar berkongsi kegembiraannya bersama Ustaz Azhar, isteri kepada pelakon Kamal Adli ini tidak terlepas daripada komen negatif warganet.

Warganet mendakwa Uqasha yang lengkap bertudung dan menyarung jubah berwarna krim berada terlalu dekat dengan Ustaz Azhar ketika bergmabar. Melihat teguran itu, Uqasha tampil menjelaskan situasi sebenar. Katanya, sudut gambar yang dirakamkan ketika itu sebenarnya secara tidak langsung menampakkan kedudukan mereka seperti yang didakwa warganet. “Orang kanan kiri tolak tolak jadi lah tak balance kami berdua ya Allah hai. Tak perlu kot mulut tu memandai kalau tak ada dekat tempat tu. Angle dan sisi awak tengok tu nampak macam tu. Saya tahu batas saya ya,” jawab Uqasha.

Malah, Kamal Adli turut mengulas situasi berkenaan mengatakan dia sendiri akan menegur jika terlihat isterinya terlalu rapat dengan pendakwah berkenaan. “Sabar yang lain. Kalau rapat sangat saya yang tegur siap-siap dah. Itu camera angle saja. Jangan mudah nak menaip tu ye. Kalau rapat sangat pun lari dah ustaz tu. Dah laa cukup laa korang,” katanya. Dalam pada itu, Uqasha turut memuat naik hantaran lain daripada sudut berbeza yang menampakkan perbezaan jarak antaranya dan Ustaz Azhar.

“Ini dari sisi lain, tak nak orang fitnah cakap saya nak rapat tak tentu pasal. Haih macamlah manusia ni,” tulisnya. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.