Ada yang cakap dia ambil Anna Jobling dari Meerqeen, tak boleh berdiam ini respon dari Amir Ahnaf

Pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf menafikan dakwaan yang mengatakan dia ‘merampas’ aktres Anna Jobling daripada aktor, Meerqeen. Ketika ditemui, Amir berkata dia dan Anna sekadar berkawan dan mereka mula berkenalan selepas digandingkan menerusi sebuah drama. Malah, Amir menyifatkan aktres berdrh kacukan Melayu-Inggeris itu sebagai seorang pelakon yang profesional. “Anna seorang pelakon yang sangat bagus, pertama kali saya jumpa dengan dia waktu tandatangan kontrak bagi drama yang kami berlakon bersama saya dah dapat rasa vibes.

Apa yang saya boleh beritahu, saya tidak merampas dia dari sesiapa. Saya hanya mahu buat kerja saya sahaja. Ada juga orang yang tinggalkan komen kata saya merampas Anna dari Meerqeen. Kebenarannya, saya hanya bekerja sahaja, Anna seorang yang sangat profesional.” Amir berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama terbaharunya berjudul Gamers Mangkuk yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada Khamis.

Dalam masa sama, pelakon yang popular menerusi drama High Council itu berkata, Meerqeen ada datang berjumpa dengannya dan memberikan kata-kata samangat agar dia melakukan yang terbaik ketika bekerja dengan Anna. “Meerqeen sendiri beri sokongan pada saya untuk buat yang terbaik dalam drama itu. Kami bertiga tiada masalah pun, mungkin yang mengapi-apikan adalah peminat. Pandangan masing-masing.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.