Ada yang pertikaikan bila akaun Siti Sarah masih digunakan untuk perniagaan, sekali ini respon dari Shuib

Pelawak Shuib tampil memberikan penjelasan berkenaan tindakannya yang masih aktif menggunakan akaun Instagram arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah selepas sering menjadi persoalan dalam kalangan warganet. Menurut Shuib, akaun Instagram (IG) arwah Sara itu sebenarnya dikendalikan oleh ibu mentuanya, Siti Fatimah atau lebih mesra disapa MakDer untuk menjalankan perniagaan Allahyarham, Loveta. “Akaun Instagram Siti Sarah dipegang oleh MakDer atau pun Siti Fatimah di mana dulu dia gunakan media sosial untuk berniaga.

“Bila dia takda, perniagaan dia perlu berjalan, perlu diteruskan. Jadi, baiklah kita gunakan apa yang ada sebab situ pun pengikut dia dah ramai. Bagus untuk business sebab itu digunakan sampai sekarang,” katanya. Shuib turut menyatakan ibu mentuanya itu sudah pun mendapat persetujuan daripadanya bahkan dia sendiri tidak mahu akaun IG tersebut dibuang kerana tersimpan banyak kenangan. “Tak ada apa masalah pun, saya tahu kadang-kadang orang bertanya kenapa masih guna akaun arwah untuk itu dan ini. Benda tu pun persetujuan dari saya juga sebab kalau saya nak pakai untuk apa pun. Saya ada akaun saya sendiri.

“Jadi saya bagi dia guna itu untuk perniagaan sambil-sambil tu MakDer masukkan content anak dia sebab itu kenangan. Jangan dibuang sebab dah lama dah. Nanti kalau boleh scroll-scroll ada gambar kenangan lagi, jangan dibuat. Jadi, tak ada isu pun tentang penggunaan itu, Insya-Allah,” jelasnya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.