Usahawan sensasi, Nur Sajat meluahkan rasa sedih ketika menerima bungkusan daripada ibunya dari Malaysia. Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkongsi bahawa dia ada meminta ibunya menghantar baju kurung untuk digayakan semasa melakukan siaran langsung di TikTok. “Sajat cakap dekat mak nak baju kurung nak pakai masa buat masak-masak. Lepas itu dia bagi Sajat baju kurung dia. Klik sini untuk lihat video.
Sayang nak pakai. Baru sampai tadi, Sajat mintak dia baju kurung sebab Sajat punya dah tak ada. Cakap dengan mak, ‘mak boleh tak hantar baju mak, Sajat punya dah habis semua pakai’.” Usahawan berusia 38 tahun itu dilihat tidak dapat menahan sebak lalu mencium baju tersebut kerana rindu yang mendalam terhadap ibunya. “Lepas itu tak sangka pula dia hantar baju dia. Dia ada hantar satu baju kebaya, kain batik dua helai tapi baju inilah yang sayang nak pakai, sebab bau mak saya kan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sedih melihat keadaan Sajat yang berjauhan daripada keluarga selain turut berdoa agar dia dapat berjumpa insan-insan yang disayanginya suatu hari nanti. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.