Tak nak buat perangai lagi, Sharnaaz Ahmad luah rasa syukur sudah dibebaskan oleh mahkamah majistret

Pelakon Sharnaaz Ahmad dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret hari ini, daripada pertuduhan menmbk seorang pengawal keselamatan yang juga penghuni kondominium pada Jun tahun lalu. Menurut Sharnaaz, dia belajar banyak perkara selepas lebih setahun naik turun mahkamah. “Akan datang kena pikiaq (fikir) banyak kali lah, tak mau (tak nak) buat perangai lagi. Saya bersyukur dan sekarang sudah bebas, ini soal reputasi dan perjalanan karier saya. Saya dah banyak belajar dan akan terus belajar.”

Disoal mengenai perancangannya selepas ini, bapa kepada Jebat Jayden ini memberitahu dia akan pergi bercuti dengan anaknya. “Saya rasa kena tengok balik diri saya. Saya nak masuk 40 (tahun) dah, perangai masih macam budak lagi. Apa jadi dalam hidup saya satu story (cerita), saya rasa kalau tutup buku, story saya akan jadi menarik.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.