Ada yang cakap Shila Amzah tersingkir Famili Duo sebab kifarah, sekali ini respon dari tuan badan

PENYANYI Shila Amzah tidak melihat penyingkiran dia dan adiknya iaitu Syahir Amzah menerusi program Famili Duo musim ketiga (FD3) pada malam Ahad sebagai kifarah susulan persengketaan yang berlaku dengan keluarganya. Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata, masyarakat tidak berada ditempat mereka untuk membuat penilaian sedemikian dan menasihati agar menjaga setiap kata-kata yang dilontarkan kerana bimbang akan berbalik kepada diri sendiri. “Kalau nak kata kifarah atau tidak, pada saya apa yang baik itu semuanya datang daripada Allah. Apa yang buruk itu daripada kita sendiri sebagai hamba-Nya.

“Saya tidak kisah warganet mahu cakap apa kerana mereka tidak berada ditempat kami. Kita kena tahu setiap keluarga itu berbeza. Warganet perlu didik hati sendiri untuk lebih menghormati kerana kita tidak tahu sekiranya perkara (buruk) itu berbalik kepada diri kita. Kena jaga mulut daripada percakapan sembarangan,” katanya. Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert separuh akhir FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad. Dalam pada itu, Syahir pula memberitahu keluarga mereka terutama ibu bapanya masih memberi sokongan terhadap penglibatan mereka dalam program berkenaan.

Malah kata Syahir, dia juga menjadi orang tengah bagi menyampaikan mesej diterima daripada keuarga kepada Shila. “Adik, mak dan ayah saya memang ada hubungi saya secara peribadi doakan yang terbaik sepanjang kami bertanding. Jadi saya sampaikan sahaja doa mereka kepada Shila. Saya hanya melunaskan tugas sebagai adik,” jelasnya. Kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalu keluar daripada kediamannya susulan banglo milik penyanyi itu bakal dijual. Shila menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka, Fauziah Sarman.

Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.