Tengah hangat pasal isu tak bayar kwsp, Watie muat naik gambar Shuib atas kerusi roda

Perkongsian pelawak dan penyampai radio, Shuib menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik gambar memaparkan dirinya berkerusi roda berada di sebuah hospital bersama isterinya. Menerusi entri itu, Shuib meluahkan rasa syukur keadaannya semakin baik serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakannya. Bagaimanapun menerusi entri tersebut, Shuib tidak memalumkan punca dirinya berkerusi roda serta berada di hospital.

Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang mendoakan kesembuhan pelawak itu. Tidak kurang juga, ada yang memberikan komen sindiran yang mengatakan Shuib jatuh sakit ketika namanya menjadi bualan susulan isu baru-baru ini. Malah, ada yang mendoakan agar Shuib cepat sembuh serta boleh mencarum KWSP.  Dalam pada itu, ada warganet yang kurang senang dengan sikap segelintir individu yang memerli pelawak itu ketika Shuib sedang sakit.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.