Ramai yang tak puas hati dengan Datuk Ramli Ms tapi Alyah jadi sasaran, sekali ini respon tuan badan

PENYANYI Datin Alyah kerap mendapat mesej gangguan daripada peminat fanatik peserta program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) di Instagram miliknya. Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan, 42, berkata, peminat melepaskan kemarahan kepadanya susulan tidak berpuas hati apabila juri tetap ASGV yang juga suaminya, Datuk Ramli MS memberikan kritikan pedas terhadap persembahan artis kegemaran mereka. Kata Alyah, meskipun dia merupakan isteri kepada Ramli namun itu bukan bererti dia mencampuri hal berkaitan tugas suaminya sebagai juri program tersebut.

“Saya ini tidak campur hal tentang ASGV, memang Tok Ram (panggilan Ramli) suami saya, tapi kami bukan kembar siam ya! Tidak adalah semua benda saya kena ambil tahu. ASGV pun jarang pergi dik,” katanya. Alyah mendedahkan perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Isnin. Penyanyi itu turut memuat naik tangkap layar dia disrang peminat Aliff Aziz yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila Ramli sering memberikan kritikan pedas terhadapnya.

Dalam pada itu, Alyah memberitahu dia akan memuat naik setiap mesej yang diterima berkaitan program tersebut di Instastory miliknya. Alyah turut berpesan kepada fanatik program itu agar tidak melibatkan dia dengan sebarang perkara berkaitan ASGV. “Siapa siapa yang mesej saya hal ASGV, tidak puas hati ke apa ke, saya memang akan paparkan di Instastory saya. “Tolong jangan babitkan saya. Saya ni dekat rumah tidak kacau orang pun. Adoi, penatlah macam ini,” ujarnya.

Pada minggu ke-10, Aliff tersingkir selepas persembahan menerusi lagu Cindai nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga Gambus Jodoh (Tan Sri P. Ramlee) gagal menarik perhatian juri. Pada malam tersebut, Ramli memberitahu Aliff banyak membuat kesilapan ketika menyampaikan medley lagu berkenaan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.