Bukan mudah menjadi seorang wanita kerana setiap bulan kita akan datang haid dan untuk sesetengah kaum Hawa pula, ada yang terpaksa menanggung kesakitan setiap bulan ketika datang bulan kerana sakit sengugut dan pinggang. Kadang-kadang tu hari pertama datang bulan memang nak baring je kan sebab tak larat nak bangun. Oleh sebab itu lah, Universiti Thammasat di Bangkok, Thailand ini baru-baru ini telah membuat kenyataan bahawa pihak universiti secara rasminya membenarkan mahasiswa-mahasiswa wanita yang datang bulan untuk mengambil cuti.
Memetik laporan The Thaiger, pelajar-pelajar wanita yang datang bulan dibenarkan cuti sakit dan cuti tersebut tidak akan memberi kesan negatif terhadap pembelajaran mereka. Maksudnya, mungkin mereka tak akan dikira ponteng jika cuti ketika datang bulan. Pihak universiiti memutuskan untuk memberi mahasiwa wanita cuti ketika datang bulan kerana mereka tahu kaum Hawa bukan sahaja akan mengalami sakit perut akibat sengugut ketika tempoh berkenaan, malah ada juga wanita yang akan mengalami gejala sakit kepala, lenguh-lenguh, sembelit atau cirit-birit.
Jadi, kalau tetap pergi kelas ketika sakit macam ni, bukannya boleh fokus dekat pensyarah pun kan. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.