Tular video Syamsul Yusof dah berabut pendek, sekali ramai yang perasan macam ni pada wajah dia

Meskipun timbul kontroversi melibatkan rumah tangga Syamsul Yusof dengan isteri, Ira Kazar namun pengarah itu sehingga kini memilih untuk mendiamkan diri. Terbaru, menerusi video di TikTok @Zarriell, Syamsul dilihat tampil dengan imej lebih kemas apabila rambutnya sudah dipotong pendek. Penerbit berumur 39 tahun itu dilihat bergambar dengan adik Zarriell sambil menggayakan kain pelekat serta ‘sweatshirt’ berwarna hitam. Syamsul kekal dengan pose mengangkat jari menunjukkan simbol ‘Allah yang satu’. Klik sini untuk lihat video.

Sementara itu, di rakaman video yang kedua, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof sempat menitipkan pesanan kepada adik Zarriell untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah serta menjaga ayahnya. Bapa kepada dua cahaya mata itu juga menghadiahkan satu ciuman di pipi. “Ingat makan banyak. Belajar rajin-rajin okay. Jaga ayah okay.” Di ruangan komen, pemilik akaun terbabit mendedahkan anak kepada Datuk Yusof Haslam ini seorang yang pemurah kerana selalu memberikan duit kepada adik Zarriell.

Bagaimanapun, rata-rata warganet beranggapan Syamsul kelihatan agak serabut dan seperti sedang bersedih. Sekadar info, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan ramai apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand. Kemudian, Syamsul dan aktres, Puteri Sarah Liyana berpisah talak satu selepas kemelut rumah tangga yang berpanjangan pada 14 Jun yang lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.