Nak beli tiket secara manual tapi tak dilayan, wanita luah rasa terkilan dengan sikap pekerja ktm Alor Setar

Seorang penumpang tren meluahkan rasa terkilan dengan sikap kakitangan KTM Alor Setar yang memberikan layanan buruk kerena sistem yang teruk sehingga menyusahkan dirinya. Menurutnya, ini adalah pengalaman keduanya menghadapi kesukaran itu disebabkan sikap mereka yang dikatakan tidak bertolak ansur. Menurut penumpang, dia bersama dua anak kecilnya ingin membeli tiket pada jam 10.17 menerusi mesin, namun begitu ketiga-tiga mesinnya itu tergendala. Memandangkan tren terakhir jam 10.43 pm, dia terus ke kaunter untuk membelinya, tetapi dia mendakwa kaunter telah ditutup namun masih ada kakitangan di dalam kaunter tersebuyt.

“Saya beritahu mesin hang, saya nak beli tiket nak balik Kangarr dengan anak-anak ini. Tak boleh ke saya beli manual di kaunter sahaja? Kakitangan tersebut menjawab kaunter sudah ditutup kerana jam sudah 10.30 malam walhal jam menunjukkan baru sahaja pukul 10.20 malam. “Rasa nak teriak(menangis) semua ada dengan barang lagi, anak-anak lagi. Tergamaknya tak ada rasa simpati langsung ke tengok saya dengan anak-anak kecil. Saya panggil orang sana sini minta tolong, last dah pukul 10.33, kalau tak silap ada penjaga dekat train yang pakai baju oren tu. Saya panggil dia. Katanya sistem dah update. Kanak-kanak punya tiket kena scan Mykid. Tapi chip Mykid anaks aya tak boleh baca, tak dapat beli.”

Jadi, ibu kepada dua anak ini terpaksa beli 2 tiket dewasa untuk anaknya itu. Jelas wanita ini, dia bukanlah berkira dalam bab pembelian tiket, tetapi dia begitu terkilan dengan integriti kakitangan tersebut yang menutup kaunter awal daripada waktu yang ditetapkan. Malah, dia juga hampa dengan sikap mereka yang tiada tolak ansur dengan dirinya yang membawa anak kecil dan banyak barang. Jelasnya, peristiwa kali kedua ini berlaku di tempat yang sama. Katanya, ketika pertama kali berlaku pada jam 8.43 malam, kakitangan bercakap kasar dengannya. Kakitangan tersebut menjerit dengan kuat di khalayak ramai sebelum ke arah rakannya dan mengata dia. Disebabkan peristiwa ini, dia berharap agar ada pihak tertentu dapat ambil tindakan segera.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.