Simpan pakaian terakhir Siti Sarah, Watie dedah pembantu rumah pernah kena marah dengan Shuib sebab alihkan baju tu

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan suaminya pernah memarahi pembantu rumah kerana mengalihkan baju terakhir yang dipakai Allahyarhamah Siti Sarah. Pendedahan itu dibuat menerusi hantaran Insta Story miliknya baru-baru ini. Pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, pakaian itu sering dibawa oleh suaminya ke mana-mana sahaja dia pergi sebagai pelepas rindu terhadap arwah yang meninggal dunia dua tahun lalu.

“Ini pakaian terakhir arwah. Daddy (Shuib) bawa ke mana pergi.. dia pegang, dia cium. Setiap kali buka almari mesti akan nampak. Pernah bibik baru yang tak tahu ni baju arwah (Siti Sarah), dia alihkan.. sekali bibik kena marah,”dedah Watie. Ceritanya lagi, Shuib atau nama sebenarnya Shamira Mohamad pernah terjaga dari tidur dan menangis selepas bermimpi memanggil arwah Siti Sarah, namun tidak mendapat balasan. “Kadang pukul 4 pagi, tiba-tiba dia terbangun dan nangis. Kita tanya kenapa, dia kata dia mimpi panggil arwah tapi arwah tak datang. Dia rindu sangat, sampai la ke siang dia terus tak tidur balik,”katanya.

Sementara itu, Watie turut mendedahkan kebiasaannya kena ‘marah’ tanda manja dan sayang terhadap dirinya yang tidak dapat dipisahkan dengan sifat pelupa. Untuk rekod, pasangan ini dinikahkan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya pada 23 Jun lalu. Allahyarham Siti Sarah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19 dan tinggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.