Ada 9 biji kek, ramai yang cemburu bila tengok Aaisyah Dhia Rana punya majlis hari lahir

Sambutan ulang tahun kelahiran anak kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana yang bertemakan ‘Barbie’ telah menjadi perhatian warganet. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat suasana sekitar majlis ulang tahun Aisyah di mana dia mengenakan baju berwarna merah jambu. Majlis tersebut bertambah meriah apabila terdapat sembilan biji kek sebagai simbolik usianya yang kini berusia sembilan tahun. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, di ruangan kapsyen, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta menyatakan Aisyah sudah menyenangkan kerjanya kerana telah memberikan tema ini sejak tahun lepas lagi. “Setahun sebelum birthday , dia dah bagi temaaaaaa .. senang kami tak payah fikir. ” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan sambutan hari lahir Aisyah merupakan impian ramai kanak-kanak perempuan. Malah, ada juga menyifatkan kehidupan mewah Aisyah juga menjadi salah satu impian mereka sewaktu kecil.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.