Masih belum ada petunjuk terbaru, ibu luah rasa rindu pada adik Zayn Rayyan

Kes kanak-kanak autistik Zayn Rayyan yang berusia 9 tahun itu mendapat perhatian ramai sejak ianya berlaku pada 6 Disember lalu. Setakat ini, masih belum ada petunjuk terbaru berkenaan kes tersebut dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menyelesaikan kes tersebut. Menerusi Instagram milik ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf berkongsi luahan hatinya yang amat menyedihkan ketika dia menziarahi kbr anak sulungnya itu.

“Assalamualaikum Abang Zayn, rindunya mommy dekat abang,” tulisnya ringkas. Selain memuat naik IG Story, Ismanira juga memuat naik satu posting di Instagram miliknya yang memaparkan dia bersama-sama Allahyarham serta anak keduanya dengan kapsyen yang menyatakan dia tidak menyangka apa yang bakal berlaku pada tahun 2023. Perkara itu sudah pastinya membuat ramai netizen yang turut berduka cita dan meninggalkan komen mendoakan agar ibu itu sentiasa kuat dan Zayn akan sentiasa bahagia di ‘taman syurga’. Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan agar kes pembnhn ini dapat diselesaikan dan keadilan berpihak kepada mereka.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.