Ain Edruce muat naik video bercuti di Jepun, tapi gelagat anak makan salji buat warganet terhibur

Baru-baru ini, gelagat anak pelakon dan juga pengacara terkenal, Ain Edruce, makan salji di Jepun telah menjadi perhatian warganet. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce memuat naik video anaknya, Soraya yang teruja apabila dapat merasai salji. Apa yang menjadi perhatian adalah gelagat Soraya ketika makan salji berulang kali. Klik sini untuk lihat video.

Di ruangan kapsyen, pelakon berusia 32 tahun itu sudah menghalang tindakan anaknya namun terpaksa akur akhirnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Soraya, malah ada juga yang turut bertanya bagaimana rasa salji tersebut. Bukan itu saja, ada juga yang turut bergurau dengan meminta Soraya menambah perisa coklat untuk menjadikannya sebagai ais kepal.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.