Selepas seminggu bersalin, akhirnya Ayda Jebat umumkan nama anak keduanya

Selepas seminggu bersalin, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat akhirnya mengumumkan nama cahaya mata keduanya iaitu Aali Mateen Ahmad Nabil. Menerusi perkongsian di Instagram, Ayda berkata dia dan suami, Nabil Mahir mengambil masa yang agak lama sebelum sepakat memilih nama tersebut. “Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil. Lama jugak memikirkan nama our little prince, Aali Mateen ni.” Dalam hantaran sama, pelantun lagu Nakal Nakal itu turut mendoakan bayinya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

“Semoga menjadi anak yang soleh sayang Mommy and Dadaa. Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua!” Sementara itu, Ayda turut berkongsi sekeping foto anaknya sedang tidur di atas tilam buat tatapan umum. Pada 12 Disember lalu, Ayda memaklumkam sudah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan. Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.