Titipkan ucapan sempena ulangtahun kelahiran, akhirnya Noh Salleh dedah wajah anak

Anak kepada penyanyai Noh Salleh iaitu Musa menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-2, hari ini. Sempena hari cukup bermakna itu, Noh menerusi hantaran di Instagram menitipkan ucapan istimewa buat anak tercinta. “Selamat hari jadi ke-2 Musa Mohammad Noh. Rindu benar bapak dengan kamu. Allah sahaja tahu betapa sakit menahan rindu mahu jumpa. Semoga Allah satukan kita nanti jadi kamu dapat layanan seorang bapa yang betul.”

Menerusi perkongsian sama, Noh turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan dia sedang mendukung Musa sekali gus menjadi gambar pertama yang mendedahkan wajah anaknya. Ini kerana, Noh dan bekas isteri iaitu aktivis kemanusiaan, Mizz Nina tidak pernah berkongsi wajah anaknya dalam media sosial masing-masing. Untuk rekod, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina Azman, 40, pada Julai 2011, namun berpisah awal Ogos tahun lalu.

Pasangan itu bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat bernama Musa yang diperkenalkan kepada umum sekitar April 2022. Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 38, kemudian berkahwin dengan Fatin Athirah Mustapa yang juga seorang peguam pada September 2023. Manakala, Mizz Nina pula mengumumkan sudah menamatkan zaman jandanya bersama seorang penyanyi rap Australia bernama Muhammad Ehsan pada Jun 2023.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.