Ramai yang kagum bila tengok Aliff Satar berjemaah dengan geng oppa di Korea Selatan

Selebriti Versatil, Alif Satar ajak ‘geng oppa’ memeriahkan solat subuh di masjid pula selepas kejayaannya menguar-uarkan #GengSubuhMacamJumaat di Malaysia. Dia dan keluarga yang sedang bercuti di Korea Selatan telah berkongsi momen selepas selesai solat subuh di sebuah masjid di negara tersebut bersama anak-anak Malaysia yang berada di sana. Dapat dilihat yang masjid terbabit dihadiri ramai orang yang sama-sama menunaikan solat subuh secara berjemaah walaupun ketika itu cuaca begitu sejuk melihat dari pakaian mereka serta hujan salji yang sedang turun. Dalam perkongsian tersebut, Alif mengucapkan rasa syukur kerana dapat berjemaah dengan ‘geng-geng oppa’ di Seoul serta sempat bersarapan bersama. Klik sini ntuk lihat video.

Ujarnya, momen tersebut hampir mirip dengan rutin harian sewaktu di Kuala Lumpur iaitu lepas solat subuh dapat menikmati makanan bersama-sama. “Allahuakhbar.. alhamdulillah.. Harini dapat subuh berjemaah dengan #GengSubuhMacamJumaat atau geng geng oppa di Seoul!Rezeki kami dapat lepak sarapan kejap, rasa macam sama je rutin biasa kalau di KL lepas subuh, MAKAN sambil layan snow! MasyaAllah..” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terharu dengan apa yang dilakukan selebriti terbabit memandangkan ia mendapat sokongan ramai tanpa mengira tempat. Mereka juga mengakui tindakan Alif sangat memberi inspirasi kepada orang ramai sekali gus mendoakan mereka semua terus istiqomah dalam melakukan hal-hal baik seperti ini walaupun tidak berada di Tanah Air. Terdahulu, selebriti berusia 33 tahun ini mengakui bahawa tindakannya untuk mengajak masyarakat Islam solat subuh berjemaah kerana bimbang disoal oleh Allah S.W.T memandangkan dia mempunyai lebih tiga juta follower di media sosial.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.