Masih menerima kritikan tentang paras rupa, Amylea dedah sampai ada yang suruh buat pembedahan

Penyanyai Amylea Azizan mendedahkan dia masih menerima kritikan mengenai rupa parasnya meskipun sudah 19 tahun berada dalam industri muzik. Memetik Astro Gempak, Amylea berkata dia terima banyak kritikan berkenaan fizikalnya yang dianggap tidak menepati standard kecantikan di Malaysia. “Daripada 2005 sehinggalah sekarang saya masih lagi menerima kecaman. Ada yang komen secara terbuka dekat saya cakap ‘Amylea awak berbakat, saya rasa awk kena buat pembedahan supaya orang boleh terima rupa awak.

“Ada yang beri pujian dalam kritikan, maksudnya macam ‘awak memang berbakat tapi Malaysia tak boleh hargai kalau tiada rupa,” katanya.Dalam pada itu, Amylea mengakui dia terkesan dengan komen negatif tersebut namun dia sabar dengan ujian berkenaan. “Tipu kalau saya cakap benda tu tak menganggu emosi ataupun menyakitkan hati dan saya menangis berkali-kali sehingga nak saman orang sebab fitnah. Saya cuba bersabar tapi perkara itu memang sangat memberi tekanan,” katanya.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.