Gunakan kata kata kesat, Caprice tampil buat pemohonan maaf pada pihak polis

Selebriti dan aktivis sosial media, Caprice tampil memohon maaf kepada pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) susulan tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota yang didakwa pesalah kes lnggr pelajar sekolah, Muhammad Zaharif. Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, dia tiada niat mahu memburukkan nama PDRM, namun kata-kata yang dikeluarkan itu hanya ditujukan kepada seorang individu sahaja.

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada PDRM, IPD Dang Wangi yang ambil masa untuk saya dan staff bagi kenyataan. Kami memberikan sepenuh kerjasama. Saya nak minta maaf kalau ade siapa-siapa dari pasukan biru (polis) yang terasa dengan apa kenyataan dibuat sebelum ni. Ayat-ayat yang digunakan di sosial media adalah khas tuju kepada seorang sahaja dan sebenarnya kita kena sama-sama cari jalan untuk sentiasa jaga, lindung dan menjunjung lencana keramat PDRM.”

Dalam perkongsian sama, Caprice berkata dia menghormati pendapat yang dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang sebelum ini menitikberatkan tentang integriti dan kedaulatan undang-undang. “Saya hormat dan hargai pendapat Tan Sri IGP yang sendiri tekankan kepentingan integriti dan kedaulatan undang-undang. Terima kasih di atas kepercayaan dan insya-Allah sama-sama boleh bantu dan bela rakyat Malaysia yang dizlm.” Semalam, Caprice memaklumkan dia diminta hadir ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung tindakanya mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap seorang anggota polis.

Sebelum ini, Caprice ada memuat naik sepotong video berkaitan seorang anggota polis yang memegang jawatan pegawai kanan yang didakwa melnggar pelajar sekolah, Muhammad Zaharif sehingga pergi menghadap illahi. Terdahulu, mngsa yang baru sahaja berusia 17 tahun pergi menghadap illahi di hadapan sekolah selepas dilanggar oleh suspek yang berusia 44 tahun. Hasil bedah siasat dibuat pihak polis mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kecederaan pada bahagian dada dan abdomennya akibat pelanggaran yang berlaku.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.