Hanya manusia biasa yang tak lari buat kesilapan, ramai yang risau Aprena Manrose kembali buka tudung

Baru-baru ini, tindakan pelakon jelita, Aprena Manrose yang hanya mengenakan hoodie dan topi ketika hadir ke Cycling Classes telah menimbulkan perasaan risau dalam kalangan peminat. Terbaharu, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman memohon agar semua orang hanya mengambil yang baik darinya sahaja Baginya, dia juga hanya manusia biasa yang tidak lari daripada membuat kesilapan.

Dalam pada itu, Aprena turut mengucapkan terima kasih kepada para pengikutnya kerana sentiasa menyokong dan menyanyangi dirinya seadanya. Pelakon berusia 30 tahun itu, telah memuat naik beberapa keping gambarnya di Instagram untuk sebuah rancangan pada bulan puasa akan datang. “Saya hanya manusia biasa. Yang baik silalah ikut, yang tak baik dari saya ni jangan lah kamu mengikut. Apa apa pun terima kasih menyayangiku seadanya, tegur kerana sayang. Jika benar sayang, tengoklah saya mengaji akan keluar bulan puasa nanti tau.”

Terdahulu, sepupu kepada Uqasha dan Nelydia Senrose mengakui hatinya pernah berbolak-balik untuk kembali tidak berhijab selepas mengambil keputusan menutup aurat sekitar dua tahun lalu. Katanya, bukan senang nak istiqamah kerana ada cabarannya. Banyak beristighfar dan niat pakai tudung kerana Allah SWT. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.