Pergi menghadap illahi pada ahad lalu, Aznil Nawawi luah raya terkilan sebab tak dapat kumpul dana lebih banya untuk Ibnor Riza

BERITA┬ápemergian penyanyi Ibnor Riza pada Ahad menyentuh hati banyak pihak terutama rakan artis yang pernah bekerjasama dengannya. Tidak terkecuali, pengacara Datuk Aznil Nawawi yang sebelum ini pernah melancarkan kutipan bagi membantu Allahyarham merawat sakit limfoma. Menurut Aznil mesra disapa Pak Nil, dia berasa alat dan memohon maaf apabila tidak dapat mengumpul dan menyumbangkan dana yang lebih banyak kepada Ibnor. “Abang, Allah tamatkan kesakitan abang. Sekarang abang rehatlah ya.

“Maafkan saya hanya mampu berusaha membantu setakat itu dulu. Saya terkilan tidak dapat usaha lebih untuk kumpul dana untuk abang. Abang, maafkan saya. Al-Fatihah,” katanya. Aznil meluahkan isi hatinya itu dalam satu hantaran video di Instagram miliknya pada Ahad. Melalui hantaran tersebut, Aznil mengimbas kembali momen-momen terakhir ketika dia bersama Allahyarham. Aznil pernah menyerahkan sumbangan RM20,000 kepada Ibnor selepas melancarkan kutipan bagi membantu arwah menampung kos rawatan kanser dihadapinya.

Cetusan idea tersebut selepas Aznil bertemu penyanyi berkenaan di majlis sambutan ulang tahun yang ke-18 dan pelancaran program mStar Baek pada 26 September lalu. Ibnor juga merupakan salah seorang selebriti terlibat dalam program Baek dan rakaman episod mengenai kesakitan ditanggungnya telah ditayangkan pada Oktober lalu. Ibnor disahkan menghembus nafas terakhirnya pada pukul 3.30 petang Ahad selepas dua minggu dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas menjalani operasi pada bahagian kepalanya.

Penyanyi era 80-an itu pergi menghadap illahi di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM). Pada 19 Februari lalu, Ibnor tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, drh tinggi dan migrain teruk. Dia mendapat tahu tentang knsr itu selepas melakukan pemeriksaan doktor susulan mengalami bengkak pada lehernya. Untuk rekod, Ibnor mulakan kejaya seninya sejak 1984 dengan menyertai pertandingan Bintang RTM.

Allahyarham juga merupakan seorang kakitangan kerajaan namun bersara awal kerana memilih untuk menumpukan kerjaya seninya pada 1993. Antara lagu yang terkenal dendangan Allahyarham adalah Mimpi Tak Sudah, Meneka Dalam Kesamaran, Berdiri Seorang Perindu, Suka Terluka Merindu Pula dan banyak lagi. Allahyarham tinggalkan dua orang balu iaitu Norhayati Mohd Nor dan Sarimah Suleiman. Ibnor turut dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.