Warganet dakwa nampak baby bump pada Shila Amzah, tuan badan mohon orang ramai doakan yang baik baik

Penyanyi Shila Amzah menjawab dakwaan yang menyatakan dirinya kini sedang hamil dan fizikalnya seakan memiliki ‘baby bump’. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shila memohon orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik dan tidak masuk campur urusan orang lain. Bukan itu sahaja, pelantun lagu Khilaf Asmara ini turut menasihati warganet untuk menghormati privasi orang lain. “Please mind your own business. Doakan yang baik-baik. Sometimes it might just be fat you know.

Sometimes it might just be fat so I think it enough talking about women body la eh. Ada respect lah each other boundaries kan. Kita tak payah zaman sekarang ni nak cakap pasal wanita punya badan. Saya bukan marah tapi cuma menegur saja. Sebab ada banyak orang kat luar sana yang cuba mendapatkan anak, ‘Trying To Conceive’ (TTC) so we need to be extra sensitive lah over this. Takkan kita nak jadi orang yang ignorance. When one person is deciding to have a baby, of course lepas kahwin mesti nak ada baby. Kita doa je yang baik-baik,” katanya.

Untuk rekod, Shila berkahwin dengan Ubai pada 4 Ogos lalu dan merupakan perkahwinan kali keduanya. Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki Elias pada April 2018 namun berpisah pada Februari 2022. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais, 4. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.