Sentiasa merendah diri, Chaan tampil berkongsi pandangan peribadi tentang Datuk Siti Nurhaliza

Sepanjang menjadi pengarah muzik, Chaan tampil berkongsi pandangan peribadinya mengenai penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menerusi temu bual bersama Maskulin, Chaan berkata dia sangat menghormati pelantun suara ‘Cindai’ itu. Ujar Chaan, sikap Tok Ti yang sentiasa merendah diri sejak dahulu lagi masih sama sehingga ke hari ini. “Saya sangat hormat Datuk Seri Siti Nurhaliza sampai sekarang. Dia tak pernah berubah dari dahulu sampai sekarang. Saya tak tahu dengan orang lain macam mana. Dia layan saya ni mcm dia tak tahu apa. Padahal dia Tok Ti dan dia penyanyi nombor satu. Klik sini untuk lihat video.

Tapi saya dah kenal dia, tak ada la malu sangat. Aduh baiknya dia. Hari itu, Alhamdulillah saya dapat peluang bekerja dengannya untuk album Sitism. Dia sangat baik. Saya tahu dia cuba untuk bagi kita rasa selesa dengan dia. Dia buat macam ‘Chaan, betul ke Siti menyanyi ni?’. Takkan nak tanya macam tu kan. Saya mesti jawab betul, tapi kalau yang tak betul saya bagitahu.” Ujar Chaan lagi, sepanjang menjadi pemuzik dia sudah bekerjasama dengan ramai artis. Oleh sebab itu, dia merasakan Tok Ti merupakan penyanyi yang paling ‘humble’.

“Saya dah bekerja dengan banyak artis, tapi saya rasa dia paling humble. Katakanlah kita ada job hari Ahad, soalan pertama dia hari Sabtu ada tak masa untuk Siti? Sekurangnya 2 hingga 3 jam. Katakalanh show GV, dia jadi penyanyi jemputan, tapi dia akan tanya ada slot untuk dia tak. Kalau artis lain tak ada tanya macam tu. Dia yang nak rehearsal. Dia kata kena ada sebab show ni besar, kena praktis. Dia akan tanya ada studio tak.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.