Pergi menghadap illahi petang semalam, Datuk M Daud Kilau beri bayangan macam ni pada cucu sebelum pergi

Allahyarham Datuk M Daud Kilau seakan beri bayangan selamat tinggal kepada cucunya apabila memberitahu mahu ‘pergi’ sehari sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4.46 petang tadi. Memetik laporan dari Utusan, menantunya, Hassan Ahmad memaklumkan yang bapa mentuanya itu seakan memberi petanda apabila memberitahu mahu ‘pergi’ kepada cucunya sewaktu bertemu sebelum allahyaram tidak lagi bercakap dan tidak sedarkan diri semalam.

“Semalam anak cucu ada balik melawatnya. Dia masih okey dan boleh bercakap lagi. Cucu sulungnya menangis sebab arwah ada sebut ‘atuk nak pergi dah’. Cucu pun menangislah dan tanya ‘kenapa atuk kata begitu?’  Bila mereka pulang sahaja, arwah tidak bercakap dan tidak sedarkan diri malam tadi,” katanya. Dalam pada itu, Hassan juga memaklumkan yang kondisi penyanyi yang mendapat jolokan Raja Gelek Malaysia berkenaan memang kurang stabil sejak 12 Disember lalu.

Allahyarham telah dimasukkan ke hospital dan kondisinya bertambah buruk apabila kuman sudah mulai merebak ke seluruh badan. Walau bagaimanapun, seluruh ahli keluarga reda dengan ketentuan daripada Allah S.W.T dan memutuskan agar jenazah disemadikan di  Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak, bagi memberi ruang kepada keluarga untuk memberi penghormatan terakhir. “Kita akan kebmkan arwah esok. Ramai lagi ahli keluarga nak datang terutama anak cucu. Mereka ingin menziarahinya buat kali terakhir. Maka jenzh akan kita kebmkan esok,” katanya.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Muhammad Daud Kilau, 85 ini dikhabarkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4.46 petang 18 Disember 2023 di  Hospital Teluk Intan, Perak. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.