Tak halang kalau Datuk Red nak jumpa anak, Adira Suhaimi akui dah tak tinggal sebumbung dengan suami

Penyanyi, Adira Suhaimi mengakui perpisahan adalah jalan terakhir yang terbaik dalam mengharungi kemelut rumah tangga bersama suami, Datuk Adnan Abu. Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Adira seakan memberi bayangan bahawa dia sudah tidak tinggal sebumbung bersama suaminya yang juga dikenali sebagai Datuk Red. Pelantun lagu Ilusi ini bagaimanapun tidak menghalang suaminya untuk berjumpa anak-anak di kediaman mereka. Dalam masa yang sama, Adira berkata anak sulungnya, Anggrek memahami keadaan rumah tangganya namun tidak pernah bertanya dengan lebih lanjut.

“Dia selalu juga datang ke rumah, terus terang saya tidak menghalang suami untuk berjumpa anak-anak, status dia masih suami saya. Ada masa kami bergdh dan ada masa kami berbaik. Saya tidak mahu memanjangkan hal. Anak saya Anggerik cepat faham tetapi dia tak menyebok walaupun dia tahu,” katanya. Sementara itu Adira turut menjawab mengenai hubungan bersama madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim.

“Saya bukan jenis orang yang suka bergaduh, Alhamdulilah saya baik dengan semua orang,” ujarnya. Disoal mengenai sekiranya jalan penceraian adalah pilihan terakhir, Adira yang juga finalis program Famili Duo musim ketiga ini berkata dia menyerahkan segalanya kepada takdir Allah SWT. “Saya memang memerlukan doa yang baik-baik daripada semua pihak. Setakat ini, apa yang saya boleh katakan jalan penceraian adalah jalan yang saya nampak. “Tetapi segalanya saya serahkan kepada Allah, kita tak tahu perkara yang akan datang,” tambahnya lagi.

Adira memfailkan perpisahan buat kali kedua terhadap Datuk Red pada 25 Oktover lalu atas alasan tiada lagi persefahaman. Kali pertama dibuat perpisahan adalah pada 1 April 2019. Sekadar info, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob, setahun.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.