Tak rasa itu satu keperluan, Diana Danielle masih berlum daftarkan lagi pengesahan rujuk di mahkamah

DIDAKWA masih belum mendaftarkan pengesahan rujuk di mahkamah, pelakon Diana Danielle menganggap ia bukanlah satu keperluan yang perlu diikuti. Dalam hal ini, Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, berpendapat proses rujuk semula perkahwinan tidak memerlukan sebarang hitam putih. “Tak rasa itu satu keperluan. Itu hanya satu proses, tak perlu hitam putih. Apa keperluannya? Atas kertas sahaja pun, tak mengubah apa-apa. Itu hanya satu proses lain. Tak perlu hitam dan putih.

“Kecualilah tak pernah jadi (rujuk). Sekarang kami telah rujuk, tidak akan mengubah apa-apa,” katanya kepada pemberita. Dalam pada itu, Diana berkata hubungannya bersama suami iaitu Farid Kamil adalah sah disisi agama Islam meskipun tiada sebarang dokumentasi pengesahan. “Secara hukum Islam, kami tak melnggr apa-apa cuma secara undang-undang sahaja belum,” ujarnya. Ditanya bilakah dia akan membuat pengesahan rujuk di mahkamah, Diana berkata dia dan suami memerlukan sedikit lagi waktu untuk menguruskan proses berkenaan.

“Buat masa ini, kami ambil nafas dahulu. Kami sekarang macam… ala mahkamah lagi. Sekejap ya,” katanya. Sebelum ini, menerusi temubual, peguam yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pasangan tersebut perlu ke mahkamah bagi mengesahkan status hubungan mereka. Sekiranya masih dalam tempoh edah, Diana dan Farid perlu ke mahkamah untuk mendapatkan sijil rujuk. Jika tidak dilakukan dalam tempoh edah, Akberdin berkata pasangan tersebut perlu untuk bernikah semula.

Untuk rekod, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu. Bagaimanapun, perpisahan tersebut tidak tahan lama apabila Farid mendedahkan sudah rujuk kembali dengan Diana pada 31 Ogos. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.