Hubungan dengan suami dalam keadaan baik, Fida Ibrahim naik angin bila rumahtangga diganggu dengan individu rapat

Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim mendedahkan terdapat individu-individu rapat yang menganggunya dan suami sehingga timbul rasa kurang senang. Menerusi perkongsian di Instagram, Fida sekaligus menyatakan hubungannya bersama suami kini dalam keadaan baik malah menepis dakwaan rumah tangga mereka goyah dek kerana gangguan tersebut. “Saya dan suami dalam keadaan baik dan tak ada istilah penyondol yang menganggu tapi saya umpamakan dua orang lelaki ni “bulldozer” yang menganggu.

“Sorang dari family saya sendiri, sorang lagi yang acah-acah ‘terpaling sahabat’ suami saya,” tulisnya di ruangan Instagram Stories. Berkongsi lebih mengenai gangguan yang diterimanya dan suami, Fida akui ‘naik angin’ apabila individu tersebut seolah tiada rasa peduli dengan dirinya yang sedang hamil. “Yang family sorang ni datang rumah tak bagitau lepas tu masuk je dalam rumah tanpa dijemput (dalam keadaan pakaian saya tak proper walaupun mahram dan bukan aurat tapi saya tetap tak selesa).

Tapi tiba-tiba suruh suami saya call kawan dia la, lepas tu minta hantar sana sini walaupun suami dah bagitau yang kami ni ada keje. Dia seolah tak peduli langsung. Dia datang dalam keadaan bermasalah, lepas tu siap nak buat benda yang memudaratkan dan nak libatkan suami saya. Kat situ, minta maaflah, kesian saya memang tak ada dah, and aku mula naik angin,” luah Fida. Mengulas gangguan yang kedua diterimanya, Fida dan suami mengambil pendekatan untuk tidak melayan gangguan tersebut kerana bersifat tidak masuk akal.

“Yang sorang lagi ni pula acah dia terpaling kawan lah dengan suami saya. Hari tu masa saya kerap post pasal Palest!n, dia tanpa segan silu tiba-tiba whatsapp saya personal tujuan nak bagi pendapat/ideologi pening dia. Dipendekkan cerita, lepas dari tu, saya dan suami malas dah nak layan dia. Eh, baru-baru ni dia pandai-pandai pula bagi nombor telefon suami saya kat kawan perempuan dia tanpa minta izin pun atas tujuan perempuan tu nak bertanya sesuatu yang memang bukan bidang suami saya pun.

“Kesimpulan kat sini, persamaan dua2 lelaki ‘bulldozer’ ni tak ada adab dan dua-dua bermasalah dalam rumahtangga. Minta kita semua dijauhkan dari sifat syaitan. Syaitan ni kalau dia masuk neraka, dia nak bawak gang. So, kalau kita ni ada masalah/huru hara, jangan cuba nak heret orang lain jadi macam kita juga,” tutupnya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.