SELEPAS tiga bulan mendirikan rumah tangga, perkahwinan pelakon Imran Aqil dan isterinya Dahlia Rizal masih lagi menjadi bualan warganet apabila pasangan itu selesai menganjurkan majlis resepsi kelima pada Ahad lalu. Mengulas mengenai majlis resepsi berkenaan, Imran atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, berkata dia dan isteri hanya memenuhi permintaan orang tersayang yang ingin meraikan hari bahagianya itu. Memandangkan dia memiliki keluarga besar selepas perpisahan ibu bapa, beberapa majlis berlainan perlu diadakan bagi menghargai setiap mereka.
“Sebenarnya saya dan isteri hanya mengikut kehendak keluarga. Lagi pun kami berasal daripada keluarga yang berpecah, jadi ibu dan bapa kami ada juga yang sudah berkahwin lain. “Disebabkan itu masing-masing ingin membuat majlis resepsi untuk belah keluarga mereka. Itulah punca mengapa majlis resepsi kami diadakan sebanyak lima kali. Lagi pun saya memang mahu meraikan keluarga dan rakan-rakan yang banyak berikan sokongan kepada kami selama ini,” katanya.
Majlis resepsi kelima pasangan ini berlangsung penuh meriah di Royale Chulan, Damansara, Selangor turut dihadiri isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor. Dalam pada itu, Imran turut menjawab dakwaan warganet yang mengatakan dia dan isteri melakukan pembaziran kerana mengadakan terlalu banyak majlis resepsi. Kata Imran, dia bersyukur kerana turut menerima tajaan daripada beberapa pihak.
Meskipun tanpa tajaan sepenuhnya, namun ia sedikit sebanyak membantu menjadikan majlis resepsi itu nampak sempurna dan gah. “Alhamdulillah memang rezeki kami, ada sahaja yang ini memberikan tajaan. Majlis kami bukan ditaja sepenuhnya, tetapi kebanyakannya untuk kos-kos yang besar seperti pelamin, dewan acara dan baju pengantin mendapat tajaan. Apa yang boleh saya katakan, setiap majlis kami itu ada saja individu yang memberikan tajaan dan selebihnya dibiayai oleh kami sendiri.
“Saya memang ada baca komen warganet yang risau kami membazir buat sampai lima majlis. Tapi bagi kami ini adalah pengalaman sekali seumur hidup, jadi kami manfaatkan masa yang ada untuk meraikan para tetamu,” katanya. Untuk rekod, Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September lalu selepas setahun mengikat tali pertunangan. Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Villa Istana Ayer Keroh Melaka dan diikuti dengan empat lagi majlis resepsi yang diadakan di rumah ibu pengantin perempuan di Melaka dan tiga lagi majlis yang diadakan di Kuala Lumpur.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.