Khairul Aming punya penangan, pemilik kedai cendol terkejut jualan mencecah RM10k sehari

Pemilik gerai cendol, Nizam Cendol Goncang terkejut apabila perniagaannya diserbu ribuan pelanggan selepas tidak sampai 24 jam dikongsikan oleh pempengaruh terkenal, Khairul Aming, baru-baru ini. Pemiliknya, Ahmad Nizam Noh, 37, berkata, dirinya menggigil lutut ketika melihat pelanggan beratur panjang di depan warung cendol yang diusahakan sejak 10 tahun. Ini kerana dirinya tidak pernah melihat situasi di mana warungnya yang terletak di Taman Melati diserbu ramai orang sebelum ini.

Memetik laporan Harian Metro, bapa kepada tujuh cahaya mata itu berkata, Khairul Aming merupakan pelanggan tetap warung cendolnya. Namun, lain pula pada hari kejadian di mana pempengaruh kelahiran Kota Bharu, Kelantan datang meminta kebenaran untuk membuat ulasan mengenai makanan dijual warung cendol miliknya. “Pagi Jumaat lalu, Khairul Aming datang ke warung saya dan sebenarnya sudah banyak kali dia datang, kebiasaannya bersama rakannya.

Kiranya, dia adalah pelanggan tetap saya dan gemar pesan mi bandung serta bihun sup selain cendol pulut yang dijual pada harga RM1. Cuma pada hari berkenaan, dia minta izin buat ulasan dan mulanya saya tak nak kerana pengikutnya ramai tapi dia minta saya cuba sekali. Jadi, saya ambil peluang itu untuk buktikan pada dia yang peniaga kecil macam saya pun boleh,” katanya kepada Harian Metro.

Kongsinya, ulasan makanan yang dikongsikan oleh pempengaruh itu mendapat perhatian ramai dan telah dikujungi ramai pelanggan pada petang hari pertama video tersebut dimuat naik di media sosial Khairul Aming. “Bayangkan, pagi dia (Khairul Aming) datang kemudian rakam video dan muat naik di laman sosial, petang pelanggan sudah beratur panjang di depan warung saya. Sebelum ini tak ramai (pelanggan) dan hanya ada lima orang saja yang bekerja di warung iaitu saya dan isteri kedua sebagai tukang masak, isteri pertama di kaunter dan dua lagi pekerja,”katanya lagi.

Ujar Ahmad Nizam, gerainya menerima kira-kira 5,000 pelanggan sehingga terpaksa menambah empat lagi pekerja sejak ia ditularkan, kecuali mengekalkan tukang masak bagi mengekalkan kualiti masakan. Malah, hasil keuntungan perniagaan juga meningkat daripada RM800 kepada kira-kira RM8,000 hingga RM10,000 sehari. Jika dulu saya pesan 50 paket pes mi bandung saja dari Muar tapi kini bertambah kepada 400 hingga 500 paket bagi menampung permintaan pelanggan,” katanya lagi.

Akui Nizam, dirinya tidak pernah menyangka menerima sambutan luar biasa, namun bersyukur dengan rezeki diperoleh selain berterima kasih kepada Khairul Aming kerana membantu mempromosikan perniagaannya sehingga dikenali ramai. “Walaupun dia (Khairul Aming) pempengaruh dan usahawan berjaya tapi sangat merendah diri malah buat ulasan pun tak minta bayaran. Saya berbesar hati kerana dia pun idola saya sebenarnya malah ada hantar kiriman WhatsApp kepadanya untuk ucap terima kasih dan hanya Allah mampu membalas kebaikannya.”

Nizam juga berterima kasih kepada semua pelanggan yang sudi datang dan sanggup beratur makanan sehingga sejam atau lebih dalam apa jua keadaan cuaca. Dia juga akan cuba sedaya upaya untuk memberikan layanan terbaik selain memastikan makanan sentiasa cukup untuk pelanggan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.