Individu yang sebelum ini mengaku abang ipar kepada Fatin Umaidah meminta keluarga wanita itu untuk tampil memohon maaf kepadanya serta isteri. Menurut individu berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Wan, dia meminta Fatin sekeluarga berhenti mengganggu dan memburukkan namanya serta isteri iaitu Arma. Tegas Cikgu Wan, sekiranya keluarga Fatin tidak membuat permohonan maaf, dia dan isteri tidak teragak-agak untuk mendedahkan lagi rahsia serta pekung keluarga itu kepada umum.
Dalam pada itu, Cikgu Wan turut mendakwa Fatin sering mengugut isterinya disebabkan tidak menyokong tindakanya yang mahu bernikah dengan Alif Teega. Malah bertambah teruk lagi, Fatin didakwa telah berbohong dengan mengatakan ibu dan bapanya telah pergi menghadap illahi. Terdahulu, Cikgu Wan mendakwa isterinya telah dibuang keluarga disebabkan tidak mahu bersekongkol dengan keputusan Fatin yang ingin mengahwini Alif. Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai pengakuan yang dibuat pempengaruh Islamik, Alif Teega apabila dia mengumumkan sudah berkahwin dua.
Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.