Dapat sokongan suami untuk teruskan kerjaya, Nabila Razali dedah suami bagi cadangan untuk masuk banyak kelas nyanyian

PENYANYI Nabila Razali berkata dia menerima sokongan penuh daripada suaminya iaitu Nik Iruwan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian. Mahu karier seni terus berkembang, Nabila atau Nabila Mohd Razali, 31, berkata suaminya ada memintanya untuk memasuki kelas nyanyian bagi menambah baik bakatnya itu. “Dia (Nik) selalu cakap, jika awak mahu menjadi seorang penyanyi yang bagus, kena perbaiki diri sendiri. “Dia juga ada cakap supaya saya pergi kelas nyanyian sebanyak yang mungkin dan sentiasa bekerja keras. Itu yang dia tekankan,” katanya.

Nabila berkongsi perkara itu semasa pelancaran single terbaharu berjudul Hanya Kamu dan kolaborasi tudung bersama jenama Nada yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis. Sementara itu, penyanyi lagu Peluang Kedua ini mendedahkan dia masih lagi menerima kritikan berhubung nyanyiannya. Namun kini segala perasaan sedih yang ditanggung itu sudah boleh diluahkan kepada suami. Bercakap mengenai karier seni, Nabila bersyukur kerana suami sentiasa memahami kesibukan jadualnya sebagai seorang penyanyi dan pelakon.

Malah, Nabila tidak merancang untuk menamatkan karier yang telah diceburi ini selepas bergelar isteri. “Saya bersyukur sangat dapat seorang suami yang sangat memahami dengan kerjaya, masa dan juga cara saya bekerja. “Saya tidak mahu jadikan status ini sebagai satu alasan untuk tidak bekerja atau kurangkan pekerjaan. Rezeki ini datang dengan pelbagai cara, mungkin kurang berlakon tapi banyak menyanyi dan juga sebaliknya,” Untuk rekod, Nabila sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada 18 November lalu.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.