Bangga muat naik gambar dengan wajah baru, Lucinta Luna buat muka lagi kali ni

PERSONALITI media sosial dari Indonesia, Lucinta Luna mempamerkan perubahan pada wajahnya hasil pembedahan plastik terbaharu. Menerusi perkongsian di Instagram, Lucinta mempamerkan foto terbaharu memperlihatkan perbezaan terutamanya pada tulang pipi hingga ke hidung. IntipSeleb melaporkan, Lucinta mengesahkan dia mempunyai muka baharu dan turut berkongsi nama hospital tempat dia melakukan operasi itu.

“Wajah baru… nak saya beritahu nama hospital di Indo-Korea,” tulis Lucinta di Instagram. Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangan bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia. Bagaimanapun pada 23 Oktober lalu, Lucinta mendedahkan mereka sudah berpisah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.