EMPAT tahun bergelar mualaf, personaliti media sosial Maryam You Narae masih lagi belajar menjadi seoang Muslimah yang lebih baik. Maryam, 31, berkata, dia kecewa apabila terdapat segelintir warganet yang mudah menghakimi penampilannya di media sosial meskipun ramai tahu dia masih baru memeluk Islam. Kata Maryam, dia terkilan setiap kali membaca komen-komen negatif tentang penampilannya sedangkan masih ramai individu di luar sana yang belum menutup aurat dengan sempurna.
“Apa salah saya sebagai mualaf yang masih belajar tentang Islam ini sering dihukum? Bukankah ramai lagi orang Islam di luar sana yang masih belum menutup aurat?,” katanya. Pun begitu, Maryam yang juga merupakan isteri kepada pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim ini memberitahu dia sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk membantu perjalanan hidupnya sebagai mualaf di Malaysia dipermudahkan. Dalam perkembangan lain, Maryam juga baharu sahaja melancarkan produk khimar dengan jenama Maryamnarae.
Jelas personaliti itu, dia mahu melihat lebih ramai wanita di Malaysia memakai khimar dan berkongsi rasa selesa serta dilindungi dalam memakai pakaian berkenaan. “Dengan wujudnya khimar tersebut, saya berharap usaha itu dapat memberi kebaikan kepada seluruh golongan wanita di dunia.
“Saya juga berharap Maryamnarae juga menjadi asbab rezeki untuk menunaikan umarah di Tanah Suci Makkah bersama keluarga suatu hari nanti,” ujarnya. Untuk rekod, Maryam dilaporkan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Imam Masjid Itaewon, Seoul, Korea Selatan pada 11 Julai 2019. Maryam mendirikan rumah tangga dengan Ryzal atau Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, 31, pada 15 Ogos 2019 selepas mengenal hati budi di Korea Selatan. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Rina yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.