Hetty Koes Endang bandingkan Siti Nordiana dan Alyah, sekali ini pula respon dari Alyah

Nama penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang menjadi topik bualan hangat netizen di media sosial selepas dia memberikan komen pada persembahan Siti Nordiana di konsert akhir All Stars Gegar Vaganza, malam tadi. Siti Nordiana atau mesra dengan sapaan Nana telah membawakan lagu Kisah Hati nyanyian asal Datin Alyah pada pusingan solo. Sewaktu Hetty memberikan komen, dia telah memuji Nana dengan mengatakan nyanyiannya lebih merdu mendendangkan lagu tersebut berbanding penyanyi asal.

Susulan itu, warganet meluahkan rasa kurang senang mereka pada Hetty dengan mengatakan dia tidak wajar memberikan komen sedemikian memandangkan Alyah turut berada di acara berkenaan. Sementara itu, isteri kepada Datuk Ramlis MS itu dilihat mengulas siar atau ‘repost’ semula luahan seorang pengikut di Instagram Story miliknya. Pengikut terbabit berkata Hetty sebagai juri tidak seharusnya merendahkan Alyah. “Tak perlu nak merendahkan penyanyi asal sampai macam itu, agak-agaklah jauh lebih baik? Nonesense! Menurut aku.”

Alyah kemudian dilihat tinggalkan emoji menangis pada perkongsian tersebut. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.