Jadi sasaran orang edit gambar tak senonoh, Mira Filzah minta warganet buat report akaun tersebut

MIRA Filzah mungkin dilihat berdiam diri apabila tular foto tidak senonoh miripnya disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) sebelum ini. Bagaimanapun dalam berdiam diri, Mira, 30, memberitahu sudah berusaha melaporkan akaun tersebut namun TikTok memaklumkan tiada sebarang pelanggaran berlaku. “Saya ada terima pelbagai mesej berhubung akaun palsu yang guna wajah Mira untuk edit benda tidak senonoh.

“Banyak DM beritahu dan Mira sudah tahu lama dan banyak kali buat laporan, banyak!

Antara foto yang disunting mnggunakan wajah Mira.

“Tapi TikTok tolak laporan itu kata tiada sebarang pelanggaran yang berlaku,” katanya. Mira berkongsi mengenai perkara itu menerusi TikTok miliknya pada Jumaat. Dalam pada itu, Mira meminta bantuan orang ramai untuk melaporkan akaun tersebut sehingga ia disekat oleh TikTok. Malah kata Mira, dia juga tidak teragak-agak untuk melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). “Kepada pemilik akaun palsu itu, saya mungkin senyap dan tidak banyak bercakap mengenai perkara ini.

“Tapi jangan sampai saya buat laporan dan aduah jnyh siber SKMM. You better stop!,” tegasnya. Sebelum ini kecoh gambar-gambar selebriti tempatan disunting secara melampau sehingga mengaibkan terutamanya dalam kalangan wanita. Selain Mira, antara selebriti yang turut menjadi mangsa adalah Uqasha Senrose, Puteri Aisyah, Sophia Albarakbah dan Iman Troye. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.