Dah 2 kali perkahwinan gagal, Nadia Annuar akui dah serik untuk mendirikan rumahtangga

Pengacara, Nadia Annuar mengakui serik untuk mendirikan rumah tangga lagi selepas berdepan episod perceraian awal tahun ini. Menurut laporan Utusan Malaysia, Nadia menyifatkan dirinya bukanlah seorang yang gemar mendirikan rumah tangga dalam tempoh singkat selepas berpisah. “Serik? Ya sebab sudah dua kali perkahwinan saya gagal. Trauma sebenarnya, yelah bukan sekali tetapi dua kali. Tetapi saya bukan menyalahkan sesiapa. Mungkin itu yang sudah tertulis untuk saya.

Dalam pada masa sama, saya bukan jenis wanita yang boleh berkahwin dan berpisah, kemudian bernikah lain dalam tempoh yang dekat. Saya bercakap untuk diri sendiri, bukan orang lain. Saya sendiri seorang yang sukar membuka hati apatah lagi mempercayai orang lain,” ujarnya. Kongsi bekas pengacara program bual bicara popular TV3, Wanita Hari Ini lagi, dia berkongsi ramai individu yang mendekatinya selepas kembali solo. Namun, Nadia tetap dengan pendiriannya yang belum bersedia untuk membuka pintu hati kepada mana-mana lelaki.

“Tipulah kalau tidak ada yang mendekati, memang ada. Tetapi itulah, saya bukan jenis selalu bersosial atau mudah untuk menjalin persahabatan serta bergaul dengan individu tidak dikenali. Kalau orang tanya saya bersedia atau tidak untuk bernikah lain, mungkin akan ambil masa sangat lama untuk membuka hati. Mungkin enam, tujuh tahun. Bukan tutup sepenuhnya tetapi buat masa sekarang, hati masih lagi terluka dan terkesan perpisahan baru-baru ini,” kongsinya. Untuk rekod, Nadia berpisah dengan usahawan, Hafiz Salleh sekitar awal tahun ini. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Dya Naylaa, 7.

Nadia juga pernah berkahwin bersama Datuk Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyas dan berpisah pada Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin, 16. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.