Jadi pengganti penyanyi asal, Nadeera teruk kena kritik dengan warganet pasal isu lagu Astana

ISU lagu Astana yang tercalon di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38) terus hangat diperkatakan sehingga menimbulkan tanda tanya ramai. Susulan perkara itu, Nadeera yang diundang sebagai menggantikan penyanyi asal iaitu Ernie Zakrie sedia menerima apa sahaja keputusan di sebalik kekecohan. “Apa sahaja keputusan tentang pencalonan lagu itu di SFMM38 saya terima dengan baik,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Nadeera dia juga sedia maklum akan niat Ernie yang mahu menarik diri sekiranya konflik berlaku gagal menemui jalan penyelesaian. Baginya tawaran diterima sebelum ini adalah satu rezeki sebagai penyanyi dan pastinya mahu melakukan yang terbaik untuk lagu berkenaan. “Saya diundang untuk menyanyikan lagu tersebut dan saya anggap ia sebagai satu rezeki dalam kerjaya. “Pastinya saya mahu lakukan yang terbaik untuk lagu tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, dia tidak tahu isu lagu berkenaan ketika ditawarkan sebagai pengganti. Sementara itu Nadeera turut mengulas tentang kecaman netizen yang kurang senang apabila namanya diumum sebagai pengganti Ernie. “Saya hormat Ernie. Dia seorang yang sangat berbakat. Saya terima sahaja apa orang nak cakap. Dia ada kelebihan dia dan saya ada kekurangan sendiri,” jelasnya. Sebelum ini, pengumuman Nadeera pengganti Ernie bagi menyanyikan lagu Astana mengejutkan ramai pihak terutama dalam kalangan peminat.

Menurut Ernie perkara yang menjadi halangan untuk dia mempersembahkan lagu tersebut disebabkan terdapat beberapa terma perbincangan yang belum selesai antara pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA). Sementara itu, RIM dan MPA dalam satu kenyataan pula berkata, mereka kini masih dalam rundingan bersama Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik-Muzik yang disiarkan di TV3.

Ernie juga merupakan penulis lirik serta komposer lagu tersebut bersama Omar K, Shazriq Azeman serta Syamel. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.