Boleh faham perasaan wanita bila suami dirampas, Nadia Annuar tak mahu lelaki yang berstatus suami orang

Bekas pengacara Wanita Hari Ini, Nadia Annuar mengeaskan dia tidak akan menjadi perosak rumah tangga orang lain dengan memilih lelaki berstatus suami orang. Katanya, itu merupakan prinsipnya sebagai seorang yang pernah bergelar isteri sekaligus dia cuba mengelak untuk dilabel sebagai penyondol. “Saya boleh faham kepedihan golongan isteri apabila suami mereka dirampas. Buat masa ini memang saya elak untuk memilih jodoh seperti ini kelak.

“Lelaki berstatus suami orang saya tolak sebab saya pernah jadi isteri dan memiliki seorang suami sebelum ini,” katanya. Memetik laporan Kosmo, Nadia, 39, berkata, ibunya yang merupakan seorang usahawan produk kecantikan popular, Kak Ton turut melarangnya untuk menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang. Bahkan, sebagai seorang wanita dia menegaskan masih berfikiran waras dan tidak mahu menyakiti hati kaum sejenisnya. “Tak guna sakiti sesama perempuan sebab lelaki.

Mana yang kita boleh elak, elak. Mak saya juga tidak mahu dan marah kalau saya ambil suami orang,” jelasnya. Terdahulu, Nadia mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan status perkahwinannya bersama suami yang dibina selama 8 tahun terlerai. Sumber: Kosmo. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.