Muat naik video buat trend di tiktok, sekali Nelydia Senrose pula jadi perhatian warganet bila dia tak bertudung

Pelakon Nelydia Senrose jadi perhatian ramai warganet apabila tular sebuah video yang memperlihatkannya tidak mengenakan tudung. Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh pelakon Aprena Manrose di TikTok, mereka dilihat membuat sebuah trend yang popular di platform itu bagi meraikan kemenangan dalam pertandingan badminton. “Termenang pule semalam. Hikhikkk #badmintonlovers #penyeridicourt #aderghhhh,” tulis Aprena. Klik sini untuk lihat video.

Namun, penampilan Nelydia menjadi perhatian apabila dia tidak memakai tudung dan memperlihatkan rambutnya yang perang dalam video tersebut. Menjengah di ruangan komen, ada individu yang bertanya adakah pelakon tersebut kini kembali tidak berhijab dan warganet menyatakan bahawa dia tidak mengenakan tudung sepenuhnya lagi. “Nelydia dah free hair ke? “La Nelydia tudung terbang ke main badminton. “Nelly 🥺,” komen warganet.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.