Rasanya ramai dah tahu tentang perkahwinan di Thailand yang mana ada sesetengah pasangan dari Malaysia senyap-senyap kahwin di Thailand tanpa pengetahuan keluarga masing-masing. Sedangkan pernikahan itu tidak diiktiraf di negara kita selagi ia tidak berdaftar dengan jabatan agama. Baru-baru ini tular di TikTok video seorang lelaki yang mempromosikan pakej nikah di Thailand all-in tanpa kos tersembunyi. Dia juga merupakan ejen perkhidmatan itu sejak tahun 2008. Dalam video tersebut, dia pada ketika itu sedang membawa empat pasangan pengantin berjalan-jalan di sekitar Songhkla setelah bernikah pada pagi hari itu. Aktiviti ronda-ronda di tempat yang dinamakan halal street food merupakan salah satu aktiviti yang ada dalam pakej yang ditawarkan. Klik sini untuk lihat video.
Kemudian, dia membawa para penonton video melawat sekitar pasar makanan itu dan mempromosi makanan halal yang ada Thailand. Di kapsyen video, lelaki itu menulis detail mengenai pakej yang hanya berharga RM2500. Bayaran itu termasuk kereta yang akan mengambil bakal pengantin dari Sungai Petani sehinggalah di sempadan. Selain itu, tol dan minyak, bayaran di majlis agama Islam, penginapan satu malam di hotel, makan tiga kali sehari, bayaran di konsulat, gambar dan video juga termasuk dalam pakej RM2500 itu. Hanya mas kahwin sahaja yang perlu disediakan oleh pasangan pengantin.
Jurunikah dan saksi juga adalah orang yang bertauliah namun, ada syarat lain yang perlu dipatuhi seperti wanita berstatus janda perlu membawa surat cerai dan mesti melepasi tempoh iddah. Bagi wanita berstatus balu perlu membawa surat kemtn suami dan juga melepasi tempoh iddah. Wanita yang masih bujang hanya perlu membawa pasport dan kad pengenalan sahaja dan semua dokumen adalah sah serta boleh digunakan untuk pendaftaran di Malaysia. Dia juga memberitahu deposit untuk menggunakan pakej tersebut adalah sebanyak RM500 dan tarikh pernikahan perlu ditetapkan terlebih dahulu. Jika tarikh bertukar, deposit itu tidak akan burn dan tempahan hanya boleh dibuat seminggu sebelum berangkat ke Thailand.
Bagi pernikahan yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad, ada sedikit caj tambahan akan dikenakan. Pakej ini khas untuk warganegara Malaysia sahaja dan mereka perlu membawa pasport dan kad pengenalan bagi urusan pernikahan di negara itu. Menyingkap di ruangan komen, video ini telah mendapat pelbagai reaksi warganet.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.