Dah jalankan tanggungjawab sebagai suami, Aiman Tino akui dah nasihat isteri ubah penampilan yang menjolok mata

Tampil dengan imej menjolok mata di media sosial, isteri kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Che Syarah Haifah ditegur oleh warganet agar tampil lebih sopan. Memetik mStar Online, penyanyi berusia 25 tahun itu berkata dia terbuka dengan hati terbuka komen-komen yang diberikan oleh warganet. Menurut Aiman lagi, dia sudah pun menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan memberi nasihat serta menegur isterinya setiap hari. “Ada yang komen serta tegur saya terima dengan hati terbuka tapi jangan sampai menggores perasaan orang lain.

Sebagai suami saya sudah jalankan tanggungjawab… Saya sudah nasihat dan tegur tapi siapa kita nak paksa sebab tiada kuasa mengenai itu? Paling penting setiap hari Aiman akan cakap dan nasihatkan isteri,” katanya. Terdahulu, Aiman Tino sah bergelar suami kepada Syarah Haifa dengan sekali lafaz pada 27 April lalu di dewan Astana, Shah Alam. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.