Dituduh ganggu rumahtangga orang lain sampai hampir berpisah, ini pula respon dari Mak Wan

Pelakon veteran Mak Wan Latah hampir pengsan apabila mengetahui dia dituduh cuba mengganggu rumah tangga orang lain sehingga pasangan itu hampir berpisah. Menerusi temu bual bersama Melodi, Mak Wan menafikan tuduhan berkenaan serta menegaskan tidak pernah menganggu rumah tangga sesiapa. “Saya tak mengganggu sesiapa, saya tak ambil atau kacau suami orang. Saya tak pernah ganggu rumah tangga orang. Saya tak buat walaupun saya miskin dan susah. Saya tak buat! Rumah tangga siapa yang saya kacau? Suami siapa yang saya ambil duitnya?” katanya.

Dilihat hampir pengsan ketika temu bual berkenaan apabila mendengar tuduhan berkenaan, Mak Wan meminta agar berhenti memfitnahnya. “Orang tuduh Mak Wan tapi lihat keadaan saya, cantik ke diri saya? Ada ke lelaki nak saya lagi? Nilaikan sendiri. “Kasihankanlah diri saya. Jangan fitnah saya lagi. Saya tak tahu dosa-dosa lampau tapi saya reda dengan ketentuan Allah. Yang menuduh kau carilah saya di sana (akhirat). Kau tak akan hidup senang! Cukup-cukuplah fitnah orang. Saya minta maaf, cukup-cukuplah mengata saya,” katanya.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.