Tidak dapat dinafikan, budaya sihir-menyihir ini masih lagi banyak dalam kalangan masyarakat kita, perkara ini boleh dikatakan sangat merisaukan sehingga muncul ketakutan khusunya buat peniaga-peniaga di luar sana. Terbaru, peniaga yang tular sebelum ini Adib iaitu pemilik rangkaian pisang cheese, Bananadibs berkongsi dia telah menjadi salah seorang mangsa sihir sehinggakan kedainya di Melaka terpaksa ditutup. Klik sini untuk lihat video.
“Parents Adib panggil ustaz datang, ustaz check. Dua kali dia datang check, memang sebenarnya ada orang hantar. Yang syiling-syiling tu bukan kebetulan memang ada orang hantar, supaya nak tutup kedai Adib,” katanya. Dia berkongsi cerita sedih itu dalam satu sesi live di TikTok, lebih menyedihkan, dia memebritahu ramai pelanggan yang bertanya mengapa tidak berniaga walhal kedai itu dibuka.
Dia menyifatkan kedainya seperti ‘dikaburi’ oleh sesuatu sehingga pelanggan tidak dapat melihat kedainya itu. Disebabkan perkara tersebut, Adib berkata cawangan itu terpaksa ditutup namun dia masih bersikap positif dan akan meneruskan perniagaannya itu. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.